Assalamualaikum
Hello peeper. Alhamdulillah berapa hari je lagi kita akan meninggalkan tahun 2015 dan melalui tahun 2016. Pejam celik pejam celik, tanpa kita sedar kita dah berada di penghujung tahun 2015. I dont know how to describe this year. Bercampur perasaan aku sekarang. Sedih, marah, rindu dan bermacam lagilah. Gembira? Ofkos la ada. Tapi, semua tu akan bertukar menjadi rindu. Andai wujudnya mesin masa Doraemon, nak je aku kembali ke waktu-waktu sebelum ni.
Bila aku scroll down dekat TL Facebook serta Twitter, ramai yang semangat nak masuk tahun baru ni. Konon azam baru. Mula-mula je rasa semangat dengan azam. Dah lama sikit basi la. Lepastu tunda pula azam kau tu tahun depan. Kan kan ? Sebab aku pun lebih kurang macamtu. Hehe, kata orang tapi diri sendiri pun sama jugak.
Aku berharap agar tahun 2016 akan menjadi tahun yang terbaik. Tapi kalau benda yang tak diingini berlaku juga nak buat macam mana. Tapi mohon untuk dijauhkan la. Aku yakin setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Bagi aku tahun 2015 itu tahun yang seronok juga. Mungkin aku ada keluarga dan rakan-rakan disampingku selalu. Dan aku amat bersyukur kerana Allah telah mengurniakan mereka kepada aku.
Aku berazam nak jadi diri aku yang dulu. Waktu mula-mula masuk form 3. Sumpah awal tahun ni aku memang berazam yang aku nak berubah. Jaga ikhtilat, jaga pandangan, jaga hati, jaga amalan dan paling penting jaga hati kawan. Dulu aku memang jahil. Aku mana kisah pasal hati orang lain. Suka hati aku lah. Sepanjang proses aku nak berubah, Alhamdulillah Allah dah permudahkan segalanya. Tapi tak semudah itu untuk berubah.
Gaiss bukan senang nak berubah jadi lebih baik. Kawan adalah salah satu ujian yang Allah bagi. Aku tersedar yang ujian tu bukanlah untuk melemahkan tetapi untuk menguatkan. Allah nak bagi amaran yang Syurga Allah tu bukan mudah nak masuk dan neraka bukan susah nak masuk. Bila kita nak berubah kan ade je kawan yang support dari belakang or melalui doa. Tapi tak kurang jugak kawan yang nak jatuhkan kita dari belakang dalam diam. Okay stop pasal kawan. Aku tak sanggup nak teruskan sebab aku bukanlah sesiapa yang layak nak kupas isu tentang kawan ni.
Sampai sini jelah azam 2016 yang paling aku nak pegang mulai sekarang.

No comments:
Post a Comment